Tuesday, September 25, 2012

bunga tisu oi !

 Assalamualaikum .

Hai readers ! entry kali ni aku nak post pasal bunga tisu . ye ! bunga tisu . kau mampu ? haha . actually bunga tisu ni, membe aku yang beria-ia sangat nak buat . untuk wedding dia yang da tak berapa lama lagi tu . so keje aku, amek gambar and upload kat blog . at least bole share dengan korang semua kan . baikkan aku ? hehe . bunga tisu ni mak aku cakap daripada zaman dia lagi da wujud da . sekarang ni macam jadi trend balik . biasa la . zaman sekarang ni kan banyak benda lama-lama keluarkan balik . tak kira la dari segi apa pun . mostly pada fesyen yang aku nampak . what ever la kan . :) ok la . berbalik pada topik asal, aku nak tunjukkan korang cara-cara nak buat bunga tisu ni .

STEP 1

Sediakan bahan-bahan:
1. Crepe paper
2. Gunting
3. Stapler


STEP 2

1. Gunting dan potong crepe paper menjadi segi empat sama .
2. Susun crepe paper menjadi 7 lapisan .
3. Lipat crepe paper seperti mahu membuat kipas .



STEP 3

1. Gunting bahagian hujung kipas tadi menjadi semi bulatan .


STEP 4

1. Stapler kan bahagian tengah kipas tadi .


STEP 5

1. Jadilah kipas !


STEP 6

1. Kembangkan kipas tadi menjadi sekuntum bunga .


STEP 7

1. Done !



CREDIT TO BRIDE TO BE: DYANAFARAHSEHA & INTAN

Senang bukan ? so, better buat sendiri daripada tempah bagai . crepe paper pun baru berapa sen ouh . kalau tempah confirm-confirm sekuntum 50sen . itu untung kalau dia nak bagi 50sen sekuntum . haha . tepuk dada tanya duit . :) ok la . tu je untuk entry kali ni .

daaaa !

Tuesday, September 18, 2012

menanti orang baru !

Assalamualaikum .




semoga Allah permudahkan segalanya . amin .

kembali pulang . yeaaa !

Assalamualaikum

Hai readers ! rasanya dah makan tahun biarkan blog ni tak ber'update' . huhu . mesti korang semua rindu dengan post-post dari aku kan . ahaks . terperasan pulak . hehe . acually aku update ni pun sebab nak share dengan korang projek DIY aku . terkejut ke aku ade projek DIY ? betul weyh . da lame da aku menceburkan diri dengan projek-projek DIY ni . tapi aku tak lah pro sampai bole buat macam-macam design bagai . aku minat dari zaman sekolah lagi . member-member rapat je yang tahu pasal minat aku ni . ok la . back to the topic . aku nak tunjukkan macam mane nak menghasilkan kotak ( kotak ke ? hentam saja la labu . ) segitiga ni . benda alah ni aku buat khas untuk wedding member aku . mampu sponsor benda ni je dik non . actually idea ni aku ciplak dari majalah PESONA PEGANTIN . first time aku buat untuk wedding aku . then aku gunekan lagi sekali idea ni untuk wedding member aku pulak . cuma masa wedding aku tu complicated la sikit . tiru majalah bulat-bulat . hihi . untuk member aku punya ni pulak aku tak gunakan banyak bahan macam dalam majalah tu . aku try untuk jimatkan bahan and masa . seriously semua ni aku dapat siapkan dalam masa 3 hari je . tapi dengan bantuan ibu kesayangan aku la . kalau aku sorang rasanye makan bulan jugak . haha . :p ok la . kalau asyik membebel je sampai bila nak start projek kan . lets follow the step .

STEP 1

sediakan bahan-bahan seperti:

1. kertas A4 berwarna (ikut citarasa masing-masing)
2. ribbon (ikut citarasa masing-masing)
3. gam
4. gunting
5. pisau potong kertas
6. stapler


STEP 2

kertas A4 dibahagikan kepada 4 bahagian .
potongkan kertas A4 tersebut menjadi 4 bahagian .


STEP 3

gamkan dihujung bahagian kertas yang telah di potong tadi .


STEP 4

gulung dan lekatkan kertas yang telah diletakkan gam tadi . 


STEP 5

lipatkan bahagian bawah dan stapler kan .


STEP 6

masukkan gula-gula (yang ni terpulang pada masing-masing nak letak ape)
stapler kan bahagian atas dengan ribbon


DONE !

senang bukan ? selamat mencuba . :)

daaaa !