Sunday, April 17, 2011

its a ghost story ! jangan bace kalau tak berani !

Assalamualaikum .

Hi readers ! entry kali ni adalah entry paling special yang pernah aku buat . kenape ? sebabnye entry kali ni berkisarkan cerite hantu . ha ! hantu ? sape-sape yang kenal aku pasti akan terkejut . for your information, aku tergolong dalam kategori orang paling penakut dalam dunia . sumpah ouh ! aku memang penakut . sejak azali aku memang penakut . sape-sape yang pernah duduk sekelas, serumah, sebilik or setandas (ade ke org menetap dalam tandas . ko gebang kan azu !) dengan aku, confirm menyampah . yela . setiap malam kena teman aku . pergi toilet kena teman, nak tido pun kena tggu aku tido dulu . haha . kalau korang tanye mak aku, mesti melimpah ruah comment dia pasal aku yang penakut ni . comment untuk student AF pun kalah tau kalau mak aku bagi comment pasal aku sorang ni . haha . tapi aku tabik la kat mak aku . sampai umur aku 23tahun ni pun, mak aku tak pernah jemu teman aku tau . sayang kamu lebih la mak . mwaa . mwaa . hehe . manje-manje gedik gitu . ok la . back to our title . actually aku dengar cerite ni daripada membe aku . bagi aku seram la . tapi tak seseram khurafat la . tak tahu la bagi korang . ade jugak yg classified kan story membe aku ni tak masuk akal . tapi, ntah la . aku percaye babe . sebelum tu aku nak mintak maaf dulu pada tuan punye blog yang mengeluarkan cerita ni sebab aku copy bulat-bulat dari blog dia . bukan ape . takut sebenarnye nak cerita balik . hehe . padahal pemalas kan . eh, tak ! aku memang penakut kan . hehe . ok, jom kite bace !

This story source by IEDA JAMALUDDIN . kalau nak bace cerita penuh, korang bole KLIK SINI .

19.3 - bertolak dari Putrajaya ke Sg. Petani. lebih kurang 1130 bergerak. bersama myra, y dan thila. 1st driver adalah saya.gigih memandu sehingga Tapah, berhenti makan. perjalanan seterusnya, co-pilot, thila, merangkap tuan empunya kereta, Proton Pesona [WSY 1578] yang drive. 1830 selamat tiba di Sg. Petani. usai proses pendaftaran dan sesi menghangkot segala beg dan check in, kami keluar makan di luar. sebelum balik INTURA, kami singgah di 7E membeli sedikit makanan. megi cup, milo, cheszle, eclips etc. malam nya, usai mandi dan solat, saya tertidur keletihan. myra sudah lama berlayar. oh. lupa, saya dan myra ditempatkan satu bilik. nah. myra terjaga 0300, terdengar seperti ada yang sedang memunggah plastik makanan yg kami beli di 7E tadi. gagah, myra bangun menjengah. plastik bergerak-gerak. tapi tiada siapa. aduh. gawat. sedang menjengah, myra tertolak hp saya, jatuh ke lantai. saya terjaga, bangun dan ambil hp. kembali baring di sebelah myra. selang dua minit, saya juga terdengar sama. puas baca apa yang tahu. eh, makin kuat pula bunyinya. duh! mula-mula kami diamkan. tapi sampai bila? sudah la keletihan, diganggu pula begitu. kami sepakat, telefon y di bilik sebelah, dan tumpang tidur di bilik beliau. bila malam-malam telefon, pasti mereka syak ada sesuatu yang tak kena. bertubi-tubi y dan thila bertanya. cuma saya katakan pada mereka, esok kami cerita. bermula dari malam itu, saya dan myra nekad ta mahu tidur di bilik.

20.3 - 0700, saya dan myra pulang ke bilik untuk bersiap ke kuliah. masuk bilik, lihat atas meja. nah! biskut chipsmore kami, yang kami ta usik langsung, sudah terbuka dan, hilang biskut di dalamnya dua keping. duh. cemas! tapi kami ambil keputusan, untuk tidak membuang biskut tersebut.

gambar : ini realiti. bukan fantasi. bukaan plastik itu, bukan kami yang membuatnya
kami, memulakan kuliah di hari pertama, dengan sedikit perasaan ketakutan. sudah diduga, bermacam soalan yang diajukan dari mereka. kami cerita. ada yang kata kelakar. tidak kurang yang turut sama rasa takutnya.

hari-hari seterusnya, kami meneruskan rutin seperti biasa. dan terpaksa tumpang tidur di bilik y dan thila. kasihan mereka, terpaksa berhimpit dengan kehadiran kami. maaf ya kawan? 

sudah habis tentang chipsmore? eh. nanti dulu, belum lagi. hari apa, saya kurang ingat. myra jengah chipsmore yang masih di atas meja. hilang lagi dua lah biskut di dalamnya. duh. suspen! tapi, kami masih lagi tegar untuk tidak membuang chipsmore tersebut. beberapa hari selepas itu, lagi nakal "dia" bermain dengan kami. buktinya, nah, lihat ini;

gambar : chipsmore yang ditinggalkan di tepi tingkap. betul-betul mahu bermain dengan kami
wah! memang betul-betul mahu bermain dengan kami nih. terus, tanpa fikir panjang, saya buang biskut chipsmore dan serpihan yang ditepi tingkap itu juga. tidak mengapa, bukan rezeki kami mungkin chipsmore itu.

habis? tak lagi. jangan cepat buat keputusan. hihi. biskut dah dibuang, diusiknya pula roti choco raisin, gardenia kami. lubang kecil di bawah plastik roti, dan roti terakhir dah dimakan suku. nampak kesan gigitan. tapi maaf, saya ta sempat untuk snap gambar, terus dibuang roti tersebut.

weekend di wilayah utara adalah hari jumaat dan sabtu. jumaat minggu pertama, saya dan yang lain2 ke penang. cerita penang? akan diupdate kemudian. yang saya mahu cerita, malam balik dari penang, saya dan myra nekad mahu cuba tidur di bilik sendiri. hari pertama, tiada apa yang berlaku. esoknya, cuba lagi. dan kali ni, y tidur sama di bilik kami, sebab thila pulang ke kampung nya di kedah. posisi tidur : saya, y, myra. cerita tertumpu kepada myra. malam tersebut, myra rasa kena hempap. hempap dengan apa? kalian sila fikir sendiri ya :) sesak nafas. kepala rasa berat macam nak pecah. myra dengar, macam ada orang perempuan marah-marah, baca macam jampi serapah. myra cuba kejut y, tapi malangnya, y ta dengar. myra cuba bertahan dan baca ape yang tahu. sampai "benda" tuh pergi dan gedegang! bunyi pintu bilik air. seraya itu, saya juga terjaga dan tidur balik sebab saya ingatkan, bunyi pintu tu disebabkan angin kuat kat luar. esoknya, baru myra cerita pada saya tentang kejadian itu. dan dia mengingatkan saya, semalam, tak ada hujan, dan angin pun tak kuat. OHEMJI ! habis yang saya dengar bunyi pintu bilik air tertutup tuh apa?

Seram kan ? seram kan ? da . aku nak tido . see entry ni aku tulis pada pukul berape . egak bulu roma wooo . ok bai .ok bai 

No comments:

Post a Comment